Bebas tuduhan rasuah Kasitah_Gaddam

Pada 12 Ogos 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Kasitah daripada tuduhan rasuah dan penipuan melibatkan saham milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) pada 1996. Hakim Suraya Othman menyatakan pendakwa gagal membuktikan kes prima facie. Beberapa individu masih bebas walaupun mempunyai beberapa laporan polis berhubung salah laku rasuah ke atas mereka.[5]

31 saksi dipanggil memberi keterangan sejak 2007. Antara saksi tersebut ialah bekas Menteri Pembangunan Sumber dan Perusahaan Tan Sri Joseph Kurup dan bekas Ketua Pegawai Operasi Commerce International Merchant Bankers Bhd, Tan Sri Munir Majid.

Peguam Kasitah ialah Datuk Muhammad Shafee Abdullah.